Testimoni

Hai Mommies, terima kasih kerana singgah di blog saya ūüôā

Boleh tahu ini kali ke berapa Mommies bersalin?

Bersalin normal atau kena lalui czer ya?

Atau masih menunggu hari yang mendebarkan untuk jadi ibu kali pertama?

Saya ni sudah 3 kali bersalin, dah ketiga- tiganya melalui pembedahan czer.

Walau bagaimanapun saya fikir tidak kira apa cara kita bersalin, mesti kita ada persamaan mahukan pengalaman berpantang kita berjalan dengan lancar, betul tak?

 

APA YANG MOMMIES NAK SEBENARNYA?

1- NAK CEPAT SEMBUH

Di hari bahagia menerima kehadiran orang baru dalam hidup, mesti Mommies tak nak lah nampak lesu, lembik dan tidak bertenaga kan? Kalau dah lesu dan lembik, memang sukar nak handle baby, nak menyusu lagi.

Kalau boleh setakat 1-2 hari tak larat tu ok la. Tak mahu lagi berlarutan sampai 1-2 minggu.

Mungkin yang bersalin normal tu hari pertama dah sihat je, tapi kalau kena lalui czer macam saya, Allah je la tau betapa nikmat cergas tu ditarik seketika, sungguh stress~

 

2- NAK ELAK DARI KENA MAKAN IKAN HARUAN YIKES! 
Oh mesti ada Mommies yang memang serik kena minum pati ikan haruan atau makan ikan haruan bakar betul tak?

Saya sendiri memang yikes tak lalu nak telan!

Kali kedua saya kata no more ikan haruan! Saya nak sesuatu yang boleh dimakan dengan mudah. Kalau Mommies dah siap ada resepi berpantang yang enak, lagi best kan?

 

3- NAK SET BERSALIN BUKAN HERBA
Ada tak Mommies yang tak boleh terima herba?

Dulu saya pernah lah beli set bersalin herba ketika kali pertama bersalin.

Apabila saya cuba, mesti bayi saya akan kerap buang air besar. Jadi saya stop guna walaupun belum habis lagi. Jadi saya memang elak set bersalin yang guna herba untuk bersalin seterusnya.

 

5 SEBAB MOMMIES HAPPY DENGAN SET BERSALIN SHAKLEE

Pertama sebab CARA MAKAN SIMPLE GILA. Pagi- pagi selepas sarapan dengan protein powder dan nasi panas berserta lauk & sayur, saya telan SEMUA PIL  yang ada. Lepas tu setel. Takde la isu lupa ke apa.

Kedua sebab nampak RESULT CEPAT. Memang lain sangat banding kali pertama dulu. Hari ketiga masa keluar wad tu dah boleh berjalan macam biasa. Nak bangun duduk pun lebih cergas. Semuanya pantas.

Ketiga, TAK ADA RASA STRESS/ BABY BLUES. Bila badan sihat, memang mood OK sangat, semua benda jadi mudah. Nak uruskan diri sendiri tak payah harapkan orang sangat. Nak uruskan baby pun mudah je Insha Allah.

Keempat ni ADA BONUS EFFECT. Bila dah habis pantang, berat badan kembali ke asalnya. Kalau Mommies masa hamil tu ada kulit hitam celah ketiak, kat leher semua tu hilang, bersih licin. Dan bonus bila kulit muka pun improved. Best sangat!

Kelima, HARGA BERBALOI. Dengan result yang Mommies dapat, memang tak terasa mahal membayar satu set lengkap ini. Malah Mommies boleh sambung makan selepas pantang juga.

 

PENGALAMAN SAYA MENGGUNAKAN SET BERSALIN SHAKLEE

1- SOY PROTEIN POWDER (ESP)

Protien ni secara umum memang kita tahu bagus untuk penyembuhan tisu yang tercedera akibat pembedahan, atau luka biasa.

Walaupun hari- hari dalam pantang mungkin Mommies ada makan ayam, ikan, protein powder ni macam tambahan la untuk speed up lagi proses baiki sel dan tisu badan.

Rasanya pun sedap diminum suam ketika breakfast dan sebelum tidur.

 

2- SUSTAINED- RELEASE VITA- C

Vitamin C semua orang tahu memang bagus untuk sembuh luka. Kiranya lagi cepat la proses nak sembuh tu sebab dah top up dengan protein powder tadi tu.

Dan kali ini saya dapati dengan vitamin C ni takde la keloid (parut) buruk macam kali pertama bersalin.

Lagipun vitamin C bagus untuk sistem imun badan ibu, boleh elakkan kita demam atau selesema semasa berpantang.

 

3- OSTEMATRIX 

Ostematrix ialah supplement kalsium & magnesium. Saya juga ambil pil Ostematrix semasa hamil.

Kalau mommies dah plan nak menyusukan baby, ambil lah pil ini untuk elak lenguh- lenguh badan nanti.

Lagi satu kalsium magnesium ni bagus untuk elak sembelit masa pantang jugak dan mudahkan Mommies nak bangun susukan baby selang 2-3 jam setiap hari.

4- OMEGA GUARD

Omega Guard ialah supplement minyak ikan yang kaya dengan DHA & EPA.

Yang ini pun memang ramai Mommies ambil semasa hamil. Omega-3 ni bukan saja untuk brain baby, tapi bagus untuk mood dan brain Mommies juga.

Omega-3 dikatakan baik untuk kurangkan risiko post natal depression atau meroyan.

Hmmm yang ini, bila saya teringat kali pertama bersalin czer memang saya mengalami baby blues sekejap. Mujur tak berlarutan jadi depression. Syukur sangat.

 

5- VITA-LEA (MULTIVITAMIN with IRON FORMULA)


Ada tak Mommies yang makan tak selera sebab badan tak larat je 2 minggu pertama selepas bersalin? Saya terfikir maybe ramai Mommies macam saya dulu, tak cukup nutrien semasa berpantang tu.

Lagipun doktor ada pesan, kadang- kadang iron dalam badan merosot selepas bersalin, so eloklah top up apa yang patut.

 

6- ALFALFA COMPLEX
Alfalfa Complex adalah bonus yang best dalam set ini.

Saya cakap macam tu sebab ianya bertindak sebagai milk booster. Kan ramai juga Mommies yang ada masalah susu tak cukup masa dalam pantang betul tak?

Alfalfa ni juga sangat baik untuk memulihkan tenaga Mommies.

set bersalin shaklee

Jadi sejak hari itu sehingga hari ini saya sentiasa akan rekomen SET BERSALIN SHAKLEE yang ini untuk semua Mommies yang saya kenal, baik kawan- kawan ataupun keluarga.

Saya harap perkongsian saya ni memudahkan Mommies untuk buat pilihan set bersalin yang paling Mommies berkenan.

Mommies juga boleh hubungi saya sekiranya mahu bertanya lanjut tentang set bersalin ini ataupun pengalaman saya bersalin czer sebanyak 3 kali tu ūüôā

Saya juga doakan urusan bersalin atau berpantang Mommies semua berjalan lancar, dan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT selalu.