Bersalin

Persiapan bersalin, apa yang perlu dibawa ke hospital?

Kali pertama hamil, sebulan sebelum tarikh jangka bersalin, saya telahpun bersiap sedia dengan sebuah beg di dalam kereta. Ketika itu yang saya percaya ialah proses bersalin ini tidak boleh dijangka, mesti berlaku tiba- tiba.

Kebetulan pula saya ketika itu bekerja di sebuah NGO bantuan kemanusiaan, persiapan menghadapi kecemasan memang sudah sebati.

Oleh kerana kononnya terlalu bersedia, saya membawa terlalu banyak barang ke hospital, dan hampir separuh daripada barang yang saya bawa itu tidak digunakan langsung. 2 hari pertama saya hanya memakai pakaian yang disediakan oleh hospital. Hari ketiga pula sudah dibenarkan pulang!

Jadi untuk anak ke-2 dan ke-3 saya lebih bijak untuk buat packing, supaya tak berlebihan dan mudah untuk bawa pulang ke rumah.

[SENARAI BEG HOSPITAL MAMA/ BABY – BOLEH DOWNLOAD]

Jika saya boleh cadangkan 12 BARANG SAHAJA UNTUK IBU untuk dibawa ke hospital, ini adalah senarainya:

1.NURSING BRA

checklist beg hospital
Paling utama untuk bawa nursing bra bagi memudahkan ibu mahu menyusukan bayi. Pada hari pertama, mungkin tidak perlu pun memakai baju dalam bagi memudahkan skin to skin dengan bayi. Namun sudah tentu kita perlu memakainya apabila mahu pulang ke rumah. Jenama nursing bra kegemaran saya sejak anak pertama lagi sudah pastinya brand Fabulous Mom.

2.STOKING PANJANG 


Sejurus selepas bersalin, saya akan minta suami memakaikan stoking yang panjang. Terutamanya bila saya berada di recovery room selepas pembedahan czer, suhu biliknya agak sejuk berbanding wad biasa. Memakai stoking akan beri keselesaan dan juga mengelakkan “masuk angin” seperti yang dipesan oleh orang tua- tua.  Saya memilih wool socks yang panjang sehingga ke paras lutut, boleh dibeli di SOX World.

3.KAIN BATIK 

Kali kedua bersalin, saya minta jururawat menukar pakaian saya apabila dibenarkan pindah ke wad. Jadi saya pilih untuk memakai kain batik sendiri. Ia juga memudahkan saya untuk menukar pakaian selepas mandi. Tekstur kain batik juga sangat selesa dan menyejukkan. Tetapi kena ingat mungkin kain batik ini akan kena darah juga, jadi bawa saja kain batik yang sudah dipakai di rumah, bukanlah kain yang baru dan mahal ya.

4.FRONT BUTTON BLOUSE

Semasa bersalin kali pertama, saya bawa t-shirt biasa saja. Jadi agak sukar untuk saya menyelak baju dan menyusukan bayi. Ditambah pula dengan keadaan badan yang lemah selepas czer, nak tarik baju pun boleh jadi satu masalah. Dengan memakai baju butang hadapan, ia lebih mudah dan tidak perlu menarik atau menyelak baju ke atas.

5.SELUAR DALAM (HIGH WAIST)


Yang ini pun saya belajar selepas bersalin anak pertama. Rupa- rupanya seluar dalam biasa sangat tidak selesa dipakai selepas bersalin czer. Ia akan melorot ke tempat jahitan dan amat mengilukan! Jadi selepas dah ada pengalaman, saya beli seluar dalam yang besar, full coverage sampai ke pinggang. Orang panggil granny underwear lah tu, sangat selesa tau!

6.TOILETTERIES 


Amat penting untuk kita rasa selesa dan segar selepas bersalin. Bukan saja untuk diri sendiri tapi juga untuk keselesaan kaum keluarga yang membantu. Oh dan juga keselesaan jururawat bertugas! Kalau di private hospital biasanya berus gigi dan ubat gigi ada disediakan.

7.SNEK RINGKAS


Pilihan saya pastinya buah kurma. Senang nak bawa, senang nak makan, dan beri tenaga segera. Saya tak pernah tinggal bawa kurma ke hospital setiap kali bersalin. Untuk rasa special sikit saya mesti pilih kurma Ajwa yang besar saiznya. Dapat makan 2-3 biji untuk sarapan pun dah kenyang.

8.BENGKUNG

Kali pertama bersalin, saya tidak bawa bengkung ke hospital. Rupa- rupanya selepas bersalin czer agak sukar untuk bergerak jika perut tidak diampu dengan kemas. Mujur ada kain batik, dan saya ikat kemas- kemas menggantikan bengkung untuk sementara. Untuk kali ketiga bersalin, saya beli bengkung khas untuk bersalin czer jenama Design Veronique. 

9.SELIPAR 

Untuk memudahkan pergerakan ke bilik air atau ada yang boleh ke nursery bayi, selipar sangatlah berguna. Tapi pastikan selipar atau sandal itu tidak bertumit dan tapaknya getah yang elok cengkaman bagi tujuan keselamatan ibu ketika berjalan.

10.NIPPLE CREAM


Sebenarnya nipple cream dah elok mula disapu pada nipple lebih awal, mungkin 1-2 minggu sebelum bersalin. Tapi awas, jangan pula diurut nipple tu, boleh menyebabkan contraction pula! Nipple cream kegemaran saya semestinya brand Medela.

11.ROBE/ SWEATER/ CARDIGAN


Jika anda mengikuti gaya berpantang orang Melayu, sudah tentu wajib ada sekurangnya jaket nipis, ataupun robe, ataupun cardigan untuk dipakai bersama- sama baju biasa. Sememangnya badan ibu mesti sentiasa dalam keadaan warm dan tidak terlalu sejuk terutamanya jika wad ada penghawa dingin.

12.PAKAIAN PULANG KE RUMAH 


Walaupun selepas bersalin, mesti kita nak juga nampak presentable apabila mahu pulang ke rumah.  Saya memilih seluar maternity, dan kemeja longgar untuk dipakai pulang ke rumah. Tak sempat nak tempah dress macam Kate Middleton ehehe! Dan jangan lupa bergambar dulu ya 😉

[SENARAI BEG HOSPITAL MAMA/ BABY – BOLEH DOWNLOAD]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *