Parenting DIY

Idea Mudah Kawal Anak Ketika Berhari Raya

Meriah di Facebook ketika ini dengan pelbagai idea untuk mengawal anak- anak ketika berhari raya. Maklum saja ini dah masuk minggu kedua, ramai yang akan buat open house raya kan. Tambah lagi tahun ini ada pulak “teguran” yang dibuat oleh selebriti terkenal tentang perangai tetamu- tetamu yang datang berhari raya, menyusahkan tuan rumah.

Ada yang menyokong tuan rumah yang geram dengan tingkahlaku anak- anak, ada yang menyokong ibubapa yang tersentap dan terkilan dengan teguran tersebut. Masing- masing ada hujah yang bernas, dan ada banyak juga tips yang boleh digunapakai.

Saya terfikir beberapa idea yang boleh dibuat oleh tuan rumah bagi mengelakkan masalah- masalah yang tidak diingini disebabkan oleh kehadiran anak- anak yang aktif dan lincah di rumah terbuka hari raya. Dalam kita nak mengukuhkan silaturrahim, biarlah yang dewasa selesa, dan yang kecil turut sama gembira. Insha Allah, less stress for everybody 😉

(1) Sediakan ruang bermain – yang boleh disepah- sepahkan sesuka hati
Tuan rumah sediakan satu ruang khas untuk anak- anak berkumpul dan bermain. Lebih baik jika boleh disediakan barang- barang permainan untuk anak- anak main sambil bersosial. Dahulu saya selalu adakan home meeting untuk bisnes, dan anak- anak partners biasanya akan bermain dengan anak- anak saya di dalam bilik. Memang bilik akan bersepah gila, tapi memang mereka takkan mengganggu kita. Cuma saya akan pastikan tidak ada toys kegemaran anak- anak diletakkan sekali. Takut kalau rosak, sedih pulak anak- anak dan jadi isu pula. Make sure toys yang ada tu bukan yang disayang sangat, bukan yang baru beli. Pandai- pandai lah kan 😉

(2) Pastikan anak- anak yang datang dijamu makanan terlebih dahulu
Tuan rumah perlu ambil sedikit inisiatif untuk memastikan ada makanan yang biasanya digemari oleh anak- anak kecil. Saya sendiri selalu sangat pergi ke majlis- majlis kenduri yang tak ada langsung makanan untuk anak- anak kecil. Tidak semua ibubapa berkesempatan untuk bawa bekal ya, jadi apa salahnya tuan rumah fikir one step ahead. Antara yang jadi kegemaran anak- anak sekarang ni termasuklah pasta, sandwich, dan buah-buahan. Bila anak- anak dah kenyang, biasanya mereka kuranglah cranky, mudah- mudahan.

(3) Usah jamu terlalu banyak snack dan gula- gula
Ini biasa kita lihat di majlis- majlis hari jadi, tetapi rumah terbuka hari raya pun sama, ada macam- macam goodies, gula- gula dan snek untuk anak- anak. Bila dah terlalu banyak jajan dan gula dimakan dek budak- budak, janganlah terkejut kalau mereka jadi “terlebih gembira” hehe! Bila dah terlebih gembira ni yang payah kita nak mengawal. Tuan rumah boleh ambil langkah berjaga- jaga dengan mengawal menu yang dihidang kepada tetamu cilik ini.

(4) Sediakan aktiviti-aktiviti khas untuk anak- anak
Yang ini jarang- jarang boleh disediakan oleh tuan rumah waktu rumah terbuka hari raya, tapi kita biasa tengok di majlis- majlis hari jadi. Anak- anak akan dihiburkan dengan pelbagai aktiviti seperti face coloring, sand art, drawing & coloring, silap mata oleh clown dan pelbagai lagi. Kalau ada aktiviti- aktiviti khas untuk mereka, confirm anak- anak ini takkan sibuk nak bermain dengan barang- barang perhiasan rumah kita hehe!

(5) Upah team playgroup untuk anak- anak mengikut usia
Point nombor lima ini saya dapat idea di satu website di UK (maaf dah tak jumpa link). Ada satu company yang buat servis untuk handle anak- anak tetamu ketika majlis- majlis seperti perkahwinan dan business conference. Servis yang disediakan bukan setakat ada bouncy castle ya, tetapi lengkap dengan child experts seperti guru dan pengasuh, yang menyediakan pelbagai aktiviti berstruktur. Saya tak pasti samada ada servis sebegini di Malaysia, tapi kalau anda tahu servis sebegini, share lah di ruangan komen ya 🙂

Jadi bagaimana pendapat anda, antara 5 idea ni yang mana satu paling mudah dilaksanakan dan boleh diterima pakai ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *