Parenting DIY

Gelabahnya bila anak tak pandai baca Jawi

Ketika saya membesar di kampung, dalam tahun 1980-an, bermakna satu- satu pilihan pendidikan pra- sekolah ialah yang ditawarkan oleh KEMAS.

Tak pernah ada perbincangan oleh Emak dan Abah saya, samada nak hantar anak ke tadika jenis apa. Tak pernah dibuat orang berbincang topik sedemikian rupa di kampung saya ketika itu.

Selepas 6 bulan lebih kurang di tadika KEMAS, saya dah mula pandai membaca. Saya masih ingat, perkataan pertama yang saya tunjuk hebat boleh baca ialah, papan tanda BERHENTI di simpang jalan, berhampiran tadika.

Setiap kali melintas, saya akan tunjuk papan tanda dan mengeja. Sebenarnya nak pancing pujian daripada Abah yang memimpin tangan pulang ke rumah.

Selama ini saya dah rasa hebat boleh membaca pada usia 6 tahun, hanya di tadika KEMAS di sebuah kampung yang tak ada siapa kenal.

Rupa- rupanya nun di Datok Keramat KL, bakal suami dah boleh membaca pada usia 4 tahun. Bukan sekadar membaca buku kanak- kanak, tapi dah pandai baca suratkhabar.

Oh well, mungkin boleh kita kata, dia duduk di bandar, mestilah cepat membaca?

Setuju?

Tak setuju?

Tak semestinya kan?

Aliyah anak sulung saya boleh membaca sejak usia 4 tahun. Ketika usia 5 tahun dia dah lancar membaca Bahasa Malaysia dan English.

Sehinggalah satu hari, awal tahun 2015, saya panik, bila dia beritahu, “Mama, Kakak tak reti nak baca Jawi”.

Alamak, macam mana pulak ni? Ingatkan semua dah setel.

Sepantas kilat saya bertanya kepada kawan- kawan di Facebook, untuk bantu saya dapatkan buku asas jawi yang mudah untuk saya mengajar Aliyah di rumah.

I know, I am kancheong like that haha!

Kawan saya mencadangkan saya menghubungi Kedai Cikgu, milik Puan Sakinah Hamid untuk mendapatkan set membaca jawi bertajuk Ibu Ajarku Jawi.

Bila orang kata senang nak guna, pada saya yang penting mudah untuk ibu atau bapa.

Sekarang ni yang saya lihat, bahan mengajar tu berlambak- lambak di pasaran, tapi yang ibubapa pandai nak guna tu, satu isu lain pulak.

Beberapa hari selepas pengakuan Aliyah tak pandai baca Jawi, buku Ibu Ajarku Jawi pun sampai.

Hmmm you know what…lancar je pulak bacaannya.  Cuba tengok video ni (sorry ada background noise baby haha)

Saya syak Aliyah ni pun menurun kancheong macam saya la jugak.

Apapun tak rugi saya beli satu set buku Ibu Ajarku Jawi, sebab ada Adam yang memang kena extra focus bab membaca ni.

Yang tu saya cerita di lain posting ye 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *