Bisness di rumah

Emak pun dia, businesswoman pun dia, coach pun dia!

Ada satu artikel yang dikongsi oleh rakan Flexi-Able Moms tentang kelebihanĀ membina 2 kerjaya ataupun lebih, yang sangat penting untuk kita bagi bersaing dalam dunia sekarang.

Artikel ini memberikan 3 kelebihan kepada kita, sekiranya kita mampu membina lebih dari 1 kerjaya pada masa yang sama.

Yang pertama, ia memberi ruang kepada kita untuk bina skill- skill lain selain mengadap kerja yang sama di pejabat (mundane routine work). Yang ini sangat relevan dengan saya, kerana sepanjang saya membina kerjaya dalam bidang non-profit, saya tak pernah terfikir yang saya boleh buat kerja- kerja sales & marketing.

Bila dah mula buat bisnes, saya belajar cara menulis copywriting dan iklan, belajar melayan pelanggan, belajar handle rejection dan macam- macam lagi. Dan yang seronoknya, skill yang sama saya boleh apply ketika berunding dengan partner/ donor di pejabat pula.

You see, my boss tak perlu hantar saya pergi training tambahan kan? Untung ok šŸ˜‰

Yang kedua, kita dapat membina rangkaian kenalan dalam bidang yang berbeza. Ini antara kesilapan saya selepas 2 tahun buat bisnes secara sepenuh masa. Saya dapati saya hanya bina kerjaya bisnes tanpa mengembangkan jumlah kenalan di luar bidang bisnes saya.

Selama 2 tahun saya bergelumang dengan orang- orang yang sama, pemikiran yang sama, sikap yang hampir sama. Apabila saya sedar keadaan ini berlaku, dan mengganggu motivasi saya, barulah saya ambil langkah untuk keluar dan berkenalan dengan kelompok rakan- rakan daripada bidang lain pula.

Rangkaian baru inilah yang mendorong saya memulakan satu kerja sambilan yang baru iaitu, menghasilkan bahan- bahan untuk diterbitkan di Fanpage produk dan servis. Kini saya sudah boleh menawarkan servis kepada rangkaian yang baru pula. Untung lagi kan?

Yang ketiga, kita dapat berinovasi dengan lebih baik apabila mengenali pelbagai bidang, dengan membina jaringan dengan pelbagai jenis orang.

Bayangkan jika saya tidak mulakan bisnes sambilan, saya tidak kenal dengan golongan yang bina kekayaan dengan hanya fokus kepada home- business dan jualan langsung.

Jika saya tidak keluar daripada kelompok home- business ini pula, saya tidak dapat peluang menawarkan servis kepada pengasas- pengasas produk dan servis menggunakan Facebook.

Dan jika saya tidak kenal ibu- ibu yang aktif buat bisnes sambilan dan bisnes dari rumah ini, saya mungkin tidak terfikir untuk mengasaskan group Flexi- Able Moms bersama- sama rakan saya.

Business coaching from home, with a toddler!

Zaman kini telah banyak berubah, dan saya fikir wanita dan ibu tidak boleh tunggu sahaja, mengharapkan pada satu sumber pendapatan atau satu kerjaya semata- mata.

Lima tahun lepas, ketika saya mula berniaga dengan aktif di Facebook, ketika itu saya masih bekerja.

Setahun kemudian saya mula mengajak kawan- kawan lain turut sama berniaga online. Kerana bagi saya, pendapatan kedua lambat laun akan menjadi KEPERLUAN keluarga di bandar- bandar seperti Kuala Lumpur.

Fast forward tahun 2015- 2016, semakin ramai rakan- rakan yang terjun ke dalam aktiviti bisnes sambilan. Kalau tak jual kuih, jual tudung, jual supplement, jual mekap. You name it, they have it!

Mahu tidak mahu, ia sudah menjadi satu tren, malah sudah jadi gaya hidup semasa.

Cuma lihat senarai rakan- rakan Facebook anda, boleh kira berapa orang yang tidak ada kareer tambahan atau bisnes sampingan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *