Czer Kali Pertama

Pertama kali bersalin czer memang pahit pengalamannya.

Takut, panik, seram, lesu, lemah, confuse semua ada.

Sampai saya lalui sedikit pengalaman “baby blues”, mujur tak sampai tahap depresi atau meroyan.

Saya ingat lagi, hari pertama sampai hari ke-14, sungguh sengsara nak bergerak.

Sampai rasa geram sebab takde siapa pun tahu cara nak cergas semula selepas bersalin czer.

Semua orang kata, “Oh czer memang la lambat sihat!”

Hari pertama, tak larat nak bangun.

Memang terlentang sajalah.

Dapat tengok dan pegang baby pun dengan bantuan suami, emak dan jururawat.

Nak bangun, tak berani langsung!

Bila dah keluar wad, orang suruh cuba pati ikan haruan, nak cepat keringkan luka.

Minum lah jugak, rasanya Masha Allah tak sedap.

Lagi geram lama- lama tempat czer jadi keloid tebal dan hitam.

Menyesal!

Ramai juga yang takut- takutkan kita tentang luka czer tak sembuh.

Jadi ikut la petua suruh makan buah oren, untuk vitamin C.

Vitamin C entah ke mana, baby pulak cirit- cirit tak tahan masa dalam pantang.

Lepas tu, jangan harap nak berbengkung.

Risau tengok perut menggelebeh, tapi tak sampai sejam berbengkung tempat czer jadi sakit.

Ketat sangat ikat pun tak boleh, kalau longgar, what’s the point kan?

End up tak pakai langsung sampai habis pantang.

Selepas bersalin czer anak pertama, saya tidak boleh bangun dan berjalan tanpa bantuan, selama seminggu. Bermakna semua benda saya nak buat dibantu oleh suami dan ahli keluarga.

Nak bangun, nak berjalan, semua dipimpin.

Melangkah setapak demi setapak, saya kuatkan jugak diri, sebab tak mahu terlantar sahaja.

Selepas 14 hari barulah saya boleh bangun dan berjalan sendiri. Badan saya memang langsung tak bersedia untuk hadapi kesan bersalin czer ketika itu.

Sekarang ni umur saya dah 39 tahun dan saya fikir mungkin 3 kali saja lah saya nak bersalin #eh hehe!

Sebab itu sayang rasanya pengalaman 3 kali czer ni saya simpan sorang diri, sebab itu saya wujudkan blog ini.

Saya juga ada menulis untuk Mommies sedikit panduan Ebook 7 Hari Pertama Selepas Bersalin C-Section. 

Dan untuk Mommies yang berkunjung di blog ni, saya dengan team ada sediakan Ebook Resepi Berpantang special, iaitu menu- menu dari negeri kelahiran saya, Negeri Perak.

Download dua ebook tu, dan kongsilah dengan orang lain.

Saya harap Mommies dapat sikit sebanyak manfaat daripada pembacaan di blog ini, Insha Allah.

Jumpa lagi dan jaga diri ya!